
Untuk Ingatan…
Website ini utk keluarga pembeli www.bisneskek.com sahaja. Seperti diberitahu dlm web, pakej ini untuk kegunaan keluarga dan perniagaan makanan anda. Buat masa ini, pakej ini bukan untuk pengajar masakan walau apa tujuannya.
Anda dilarang berkongsi secara terbuka segala resepi, tips dan teknik di dalam panduan ini samada di internet, fb, group, komen dan sebagainya. Tapi boleh kongsi dgn orang perseorangan melalui taip/cakap/tulisan anda sendiri. Itupun jika betul-betul perlu. Cuma kena ingatkan orang tu, tidak boleh kongsi secara terbuka juga.
Namun seeloknya beritahu mereka untuk beli sendiri melalui laman webnya. Atau anda belikan untuk mereka sebagai hadiah. Kalau rakan minta resepi, kata je “Elok belajar di www.bisneskek.com berbaloi”
Semoga kita menjaga keberkatan ilmu yang dipelajari agar diri, anak dan keluarga anda baik, sihat dan dijauhi musibah. InshaaAllah
PSST: Sebarang pertanyaan perlu guna whatsapp (+60137757915) Tapi sebelum bertanya, pastikan anda tonton kesemua video dan baca kesemua tips dalam website..Bukannya tengok sikit, wasap, tengok sikit wasap
Versi web ini baru sahaja dibuat dengan copy dari versi dvd saya. So jika ada kesilapan copy, sila wasap saya taw. tq.
MENU UTAMA
Boleh klik Menu Di bawah atau scroll Down
MODUL 1: PANDUAN ANEKA BUTTER CAKE
+Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down
1i Teknik Kedua Kek Butter Padat
1j Tips Kek Butter Dlm Pelbagai Loyang

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 2: PANDUAN ANEKA KEK LAPIS
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 3: PANDUAN ANEKA SWISS ROLL
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 4: PENGIRAAN KOS BUTTER, LAPIS & ROLL
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 5: INFO TAMBAHAN
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 1: PANDUAN ANEKA BUTTER CAKE
1a. Peralatan Yang Diperlukan
+
1. Penimbang Biasa Atau Penimbang Digital
Bahan-bahan perlu ditimbang dengan betul. Anda boleh menggunakan penimbang biasa atau penimbang digital. Saya lebih suka menggunakan penimbang digital kerana timbangnya lebih tepat dan mudah. Harga penimbang digital tidaklah mahal dalam RM50 – Rm80 sahaja. Semua bahan perlu ditimbang dalam gm.

2. Hand Mixer / Stand Mixer / Mixer Heavy Duty
Anda boleh gunakan hand mixer atau stand mixer untuk membuat kek dalam kuantiti yang kecil. Untuk kuantiti yang besar dalam perniagaan, elok gunakan mesin mixer heavy duti..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1

1a. Peralatan Yang Diperlukan

3. Aluminium Foil Container / Loyang Kek
Oleh kerana video ini tentang kek pack kecil, jadi kita menggunakan acuan kecil seperti aluminium foil container. Anda juga boleh gunakan tin roti untuk membuat kek pack kecil ini. Manakal swiss roll kita gunakan loyang kek spt di atas.

4. Oven Biasa Atau Industrial Oven
JIka anda menggunakan oven biasa, pastikan oven tersebut mempunyai kipas di dalamnya yang boleh dihidupkan. Untuk bisnes, elok guna industrial oven.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1

1a. Peralatan Yang Diperlukan

5. Kertas Minyak/Parchment Paper dan Glove/Kain K
ita perlukan kertas minyak atau baking perchment paper untuk dijadikan alas pada loyang kek. Ia boleh di beli dengan mudah di hypermarket atau di kedai runcit. Manakala glove digunakan untuk memegang loyang panas dan mengeluarkan dari oven. Boleh gantikan dengan kain biasa di rumah anda. .

6. Penekan Kek / Spatula / Sudu / Plastic Scraper /Cake Board
Jika anda tidak jumpa penekan kek lapis, di kedai bahan bakery anda boleh guna cawan alumunium untuk menekan kek lapis. Sudu untuk meratakan adunan kek. Manakala spatula untuk meratakan cream pada swiss roll. Manakala plastic scraper untuk memotong tepi kek sebelum kek dikeluarkan dari loyang kek swissroll. Manakal cakeboard untuk menerbalikkan kek swiss roll sebelum digulung.v

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1b. Bahan Utama Yang Digunakan

1. Tepung kek: Kita gunakan tepung kek brand blue key. Tepung ini juga dipanggil tepung naik sendiri. Ia telah siap dengan baking powder di dalamnya.
2. Telur: Anda boleh gunakan telu grade A dan grade B. di dalam video saya gunakan grade B atau size M yang beratnya lebih kurang 50-55gm. Kalau anda guna grade A pun tiada masalah. Yang penting stok baru.
3. Gula Halus. Jika anda menggunakan mesin stand mixer macam dalam video, tiada masalah guna gula halus kerana stand mixer kuat cairkan gula halus. Tapi kalau anda guna hand mixer yang kecil, elok anda guna castor sugar kerana ia lebih halus dan mudah cair. Cuma harganya lebih mahal.
4. Mentega: Elok guna mentega buttercup dalam tong. Kerana ia disimpan diluar dan boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa nyah beku.
5. Ovelet: Beli ovelet di kedai bahan bakeri taw. Sebab ovelet di hypermarket kualitinya kurang baik. Kalau adunan kek yang dipukul tidak menjadi krim, ia disebabkan oleh ovelet kurang baik.
6. Susu segar: Kita gunakan brand dutch lady full cream kerana rasanya yang sedap.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1c. Video Buat Butter Cake Original
Video 1c: Cara Buat Butter Cake Original
Resepi Kek Butter Original
Bahan A
5biji Telur Penuh
250gm Gula Halus
250gm Tepung Kek
100gm Susu segar
12gm Ovelete
3gm Essence Vanilla
Bahan B
250gm Mentega
Ringkasan Video Di Atas:
1. Kita guna resepi di atas yang 1x ganda.
2. Timbang kesemua bahan A di atas dan pukul dengan mixer dengan kelajuan paling laju selama 10 minit.
Nota: Pastikan anda beli ovelet di kedai bahan bakery. Bukan di hypermarket atau supermarket.
3. Keluarkan 300gm adunan bahan A di dalam bowl dan letakkan di dalam bekas lain dan letak tepi.
4. Adunan bahan A yang masih tinggal di dalam bowl mixer di campur dengan Bahan B dan pukul dengan kelajuan paling laju selama 5 minit.
5. Matikan mixer dan campur 300gm bahan A yang diasingkan dengan bahan yang dipukul dengan mentega. Gaul menggunakan spatula plastik sahaja dan jangan guna mixer. Siap
6. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam bekas aluminium foil. Masukkan sehingga ketinggian adunan 2/3 daripada ketinggian aluminium foil.
7. Tabur coklat chip di atas adunan dan bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama 30 minit. Suhu dan masa bergantung pada oven anda. Ada diterangkan dalam tips tambahan
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.
Resepi Gandaan

(Tukar posisi handphone ke landscape utk lebih besar)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1d. Video Buat Butter Cake Coklat
Video 1d: Cara Buat Butter Cake Coklat
Resepi Kek Butter Coklat
Bahan A
5biji Telur Penuh
310gm Gula Halus
250gm Tepung Kek
100gm Susu segar
12gm Ovelete
3gm Essence Vanilla
Bahan B
250gm Mentega
Bahan Tambahan
50gm Serbuk Koko
10gm Emulco
Ringkasan Video Di Atas:
1. Kita guna resepi di atas yang 1x ganda. Anda perlu tonton dulu video modul 1c, kek butter original.
2. Timbang kesemua bahan A di atas dan pukul dengan mixer dengan kelajuan paling laju selama 10 minit.
3. Keluarkan 300gm adunan bahan A di dalam bowl dan letakkan di dalam bekas lain dan letak tepi.
4. Adunan bahan A yang masih tinggal di dalam bowl mixer di campur dengan Bahan B dan pukul dengan kelajuan paling laju selama 5 minit.
5. Matikan mixer dan campur 300gm bahan A yang diasingkan dengan bahan yang dipukul dengan mentega. Dan masuk bahan tambahan iaitu serbuk koko dan emulco. Gaul menggunakan spatula plastik sahaja dan jangan guna mixer. Siap
6. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam bekas aluminium foil. Masukkan sehingga ketinggian adunan 2/3 daripada ketinggian aluminium foil.
7. Tabur coklat chip di atas adunan dan bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama 30 minit. Suhu dan masa bergantung pada oven anda. Ada diterangkan dalam tips tambahan
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.
Resepi Gandaan

(Tukar posisi handphone ke landscape utk lebih besar)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1e. Video Buat Butter Cake Red Valvet
Video 1e: Cara Buat Butter Cake Red Valvet
Resepi Red Valvet
Bahan A
5biji Telur Penuh
300gm Gula Halus
250gm Tepung Kek
100gm Susu segar
12gm Ovelete
3gm Essence Vanilla
Bahan B
250gm Mentega
Bahan Tambahan
100gm Yogurt
50gm Serbuk Koko
10gm Pewarna Merah
Ringkasan Video Di Atas:
1. Kita guna resepi di atas yang 1x ganda. Anda perlu tonton dulu video modul 1c, kek butter original.
2. Timbang kesemua bahan A di atas dan pukul dengan mixer dengan kelajuan paling laju selama 10 minit.
3. Keluarkan 300gm adunan bahan A di dalam bowl dan letakkan di dalam bekas lain dan letak tepi.
4. Adunan bahan A yang masih tinggal di dalam bowl mixer di campur dengan Bahan B dan pukul dengan kelajuan paling laju selama 5 minit.
5. Matikan mixer dan campur 300gm bahan A yang diasingkan dengan bahan yang dipukul dengan mentega. Dan masuk bahan tambahan iaitu yogurt, serbuk koko dan pewarna merah. Gaul menggunakan spatula plastik sahaja dan jangan guna mixer. Siap
6. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam bekas aluminium foil. Masukkan sehingga ketinggian adunan 2/3 daripada ketinggian aluminium foil.
7. Tabur coklat chip di atas adunan dan bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama 30 minit. Suhu dan masa bergantung pada oven anda. Ada diterangkan dalam tips tambahan
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.
Resepi Gandaan

(Tukar posisi handphone ke landscape utk lebih besar)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1f. Video Buat Butter Cake Lobat Merah
Video 1f: Cara Buat Butter Cake Lobat Merah
Resepi Kek Butter Lobak Merah
Bahan A
5biji Telur Penuh
280gm Gula Halus
250gm Tepung Kek
12gm Ovelete
3gm Essence Vanilla
Bahan B
250gm Mentega
Bahan Tambahan
100gm Susu segar
250gm Lobak Merah
Ringkasan Video Di Atas:
1. Kita guna resepi di atas yang 1x ganda. Anda perlu tonton dulu video modul 1c, kek butter original.
2. Timbang kesemua bahan A di atas dan pukul dengan mixer dengan kelajuan paling laju selama 10 minit. Bahan A tiada susu segar.
3. Keluarkan 300gm adunan bahan A di dalam bowl dan letakkan di dalam bekas lain dan letak tepi.
4. Adunan bahan A yang masih tinggal di dalam bowl mixer di campur dengan Bahan B dan pukul dengan kelajuan paling laju selama 5 minit.
5. Matikan mixer dan campur 300gm bahan A yang diasingkan dengan bahan yang dipukul dengan mentega. Dan masuk bahan tambahan iaitu susu segar dan lobak merak yang telah di kisar. Gaul menggunakan spatula plastik sahaja dan jangan guna mixer. Siap
6. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam bekas aluminium foil. Masukkan sehingga ketinggian adunan 2/3 daripada ketinggian aluminium foil.
7. Tabur coklat chip di atas adunan dan bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama 30 minit. Suhu dan masa bergantung pada oven anda. Ada diterangkan dalam tips tambahan
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.
Resepi Gandaan

(Tukar posisi handphone ke landscape utk lebih besar)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1g. Video Buat Butter Cake Pisang
Video 1g: Cara Buat Butter Cake Pisang
Resepi Kek Butter Pisang
Bahan A
5biji Telur Penuh
280gm Gula Halus
250gm Tepung Kek
12gm Ovelete
3gm Essence Vanilla
Bahan B
250gm Mentega
Bahan Tambahan
100gm Susu segar
250gm Pisang Berangan
Ringkasan Video Di Atas:
1. Kita guna resepi di atas yang 1x ganda. Anda perlu tonton dulu video modul 1c, kek butter original.
2. Timbang kesemua bahan A di atas dan pukul dengan mixer dengan kelajuan paling laju selama 10 minit. Bahan A tiada susu segar.
3. Keluarkan 300gm adunan bahan A di dalam bowl dan letakkan di dalam bekas lain dan letak tepi.
4. Adunan bahan A yang masih tinggal di dalam bowl mixer di campur dengan Bahan B dan pukul dengan kelajuan paling laju selama 5 minit.
5. Matikan mixer dan campur 300gm bahan A yang diasingkan dengan bahan yang dipukul dengan mentega. Dan masuk bahan tambahan iaitu susu segar dan pisang berangan yang telah di kisar. Gaul menggunakan spatula plastik sahaja dan jangan guna mixer. Siap
6. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam bekas aluminium foil. Masukkan sehingga ketinggian adunan 2/3 daripada ketinggian aluminium foil.
7. Tabur coklat chip di atas adunan dan bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama 30 minit. Suhu dan masa bergantung pada oven anda. Ada diterangkan dalam tips tambahan
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.
Resepi Gandaan

(Tukar posisi handphone ke landscape utk lebih besar)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1h. Video Buat Butter Cake Marble dan Lain
Video 1h: Cara Buat Butter Cake Marble dan Lain
Ringkasan Video Di Atas:
1. Tonton dulu video 1c kek butter original. Kita gunakan resepi kek butter original di modul 1c.
2. Selepas siap buat adunan kek butter original, bahagikan adunan kepada tiga bahagian/bekas.
3. Masukkan pewarna yang berbeza ke setiap bahagian. Di dalam video saya gunakan pewarna kuning, hijau dan merah. Masukkan sedikit demi sedikit pewarna sehingga warna adunan menjadi terang dan cantik.
4. Selepas siap, masukkan satu sudu adunan warna kuning ke dalam aluminium foil, Seterusnya masukkan satu sudu lagi adunan warna hijau. Kemudian masukkan satu sudu lagi adunan warna merah.
6. Masukkan berulang-ulang sehingga ketinggian adunan mencapai 2/3 dari ketinggian aluminium foil. Kena tonton video di bawah untuk lebih jelas.
7. Tabur coklat chip di atas adunan dan bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama 30 minit. Suhu dan masa bergantung pada oven anda. Ada diterangkan dalam tips tambahan
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1i. Teknik Kedua Kek Butter Padat
Untuk teknik kedua kek butter padat sama seperti teknik pertama kek butter gebu dalam video 1c. Cuma bezanya tepung kek dalam bahan A hanya masukkan 75gm sahaja. Bakinya 175gm lagi diayak dan dimasukkan di akhir sekali semasa kita kacau dengan 300gm adunan yang diasingkan . Untuk lebih jelas elok anda tonton video kek lapis di modul 2b. sebab ia sama dengan teknik membuat adunan kek lapis. .
Kek butter gebu dalam teknik pertama sangat sesuai dibuatkan kek harijadai dan kek slice. Manakala teknik kedua ini lebih sesuai untuk slice. Untuk mendeko kek harijadi anda boleh belajar di www.deco.rahsiakek.com


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1j. Tips Resepi Untuk Pelbagai Loyang
Untuk loyang besar, anda boleh guna loyang bulat atau loyang empat segi. Tinggi loyang 3 inci. Kek butter ini sesuai untuk kek harijadi dan kek slice /potong. Untuk mudah buat , anda buat 2 kali ganda resepi dalam modul 1b. Kemudian tuang ke dlm loyang dengan ketinggian 2/3 dari ketinggian kek yg anda mahu.. Dan bakinya anda boleh masuk dalam loyang kecil . Tapi penjelasan resepi ikut size loyang ada di tips setersnya.
Cara penyediaan loyang utk kek butter sama seperti swiss roll modul 3. Anda perlu letak parchment paper dan sapu marjerin di atasnya dantepi loyang. Dan cara keluarkan kek yang siap pun sama dgn kek swiss roll. Elok rujuk video 3b untuk lebih jelas. . Cara bakar pula, anda bakar hingga 40 minit dulu. Dan setiap 5 minit kemudian, anda perlu check dengan cucuk tengah kek dengan lidi. Selepas anda dapat masa membakar yang tepat untuk oven anda. Selepas itu tidak perlu lagi check.
Kek butter untuk tujuan kek slice biasanya lebih rendah dari kek butter untuk tujuan kek harijadi. Resepi1x ganda dalam modul 1b untuk loyang empat segi 8x8inci jka buat kek slice. Jika buat kek harijadi, ia untuk loyang 7X7inici. Manakala resepi kek 1.5xganda dalam modul 1b untuk loyang 9×9 jka buat kek slice. Jika buat kek harijadi, ia untuk loyang 8X8. Manakala resepi kek 2xganda dalam modul 1b untuk loyang 10×10 jka buat kek slice. Jika buat kek harijadi ia untuk loyang 9X9.
Untuk loyang bulat pula resepi1x ganda untuk loyang bulat 8inci kek harijadi, Resepi 1.5x ganda untuk loyang bulat 9inci kek harijadi. Dan resepi 2x ganda untuk loyang 10inci kek harijadi.
Namun jika anda rasa keknya tinggi sangat. Anda boleh kurangkan sukatannnya. Contohnya kek 1.5x ganda, kita kali resepi dengan 1.5. Nak kurangkan sukatan anda kali resepi dgn 1.4. Utk 1x resepi, anda boleh kali dgn 0.9 untuk kurangkan resepi.Boleh belajar deco kek harijadi di www.deco.rahsiakek.com

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1k. Tips Tambahan Kek Butter
Penting: Sila baca kesemua tips dgn teliti sebelum buat kek
1. Jika bahan-bahan yang dipukul dengan telur tetap cair dan tidak kembang seperti dalam video. Ia disebabkan kualiti ovelet yang digunakan kurang baik. Elok beli ovelet di kedai bahan bakari. Jika dah beli di kedai bahan bakeri dan tetap cair, mungkin kedai bakeri tu pun jual ovelet jenis yang murah atau stok lama. So kena beli dikedai bahan bakeri yang lain. Atau boleh juga tambah sukatan ovelet lagi 5gm jika ovelet yang digunakan kurang kuat.
2. Jangka masa membakar kek tidak sama antara oven yang berlainan jenama kerana kualiti berbeza. Biasanya kek butter acuan aluminium foil kecil mengambil masa 30 minit sahaja. Namun masa membakar kek perlu lagi diadjust bergantung pada hasil kek selepas di potong. Jika kek yang dipotong kelihatan masih lembab lagi, anda perlu tambah masa membakar dari 30 minit kepada 35 minit. Sebaliknya sekiranya kek yang dipotong, didalamnya terlalu kering, maka masa membakar perlu dikurangkan kepada 27 minit. Untuk permulaan sahaja anda perlu adjust masa membakar. Selepas anda tahu masa membakar yang sesuai dengan oven anda, anda tidak perlu lagi check atau adjust masanya lagi. Hanya follow masa yang dicheck sebelumnya.
3. Jika kek butter anda kurang naik, biasanya ia berpunca dari suhu dalamnya rendah dari yang disetkan. Anda hanya perlu naikkan suhu membakar dari 140darjah kepada 150darjah atau 160darjah. Manakala jika hasil kek anda merekah dan pecah di bahagian atasnya, ia berpunca dari suhu dalam oven lebih tinggi dari yang disetkan. Anda hanya perlu kurangkan lagi suhu yang disetkan untuk cubaan seterusnya.
Sukatan gula pula boleh dikurangkan atau ditambah mengikut citarasa anda. Kalau suka lebih manis, boleh tambah lagi gula.
4. Intuk industrial oven, biasanya kita guna 180 darjah celcisu. Tapi elok guna dulu 160darjah celcius untuk mengelak bahagian atasnya merekah. Untuk oven kecil di dalam video, saya kurangkan suhunya sedikit demi sedikit. Dan hanya suhu 140darjah celcius keknya tidak merekah. Lebih dari tu, ia merekah.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1

1k. Tips Tambahan Kek Butter
5. Untuk loyang adunan kek butter dituangkan 2/3 dari ketinggian loyang. So anda boleh tentukan sendiri ketinggian kek butter yang anda mahukan. Biasanya kek butter siap tidak tinggi dalam 3cm-4cm sahaja jika dibakar dalam loyang. Anda boleh double check dengan kek butter yang dijual di kedai tempat anda.
6. Tapi kek butter yg dibakar di dlm acuan aluminium foil, ia kena ikut ketinggian aluminium foil tersebut. Biasanya kena tinggi sikit dari tinggi acuan aluminium foil untk nampak lebih menarik. Dlm video guna 250gm adunan, boleh tambah lagi timbangannya kepada 260gm atau 270gm jika mahu lebih tinggi keknya.
7. Kalau guna loyang, anda boleh hentak beberapa kali adunannya sebelum dibakar untuk mengeluarkan udara/buih. Tapi jika guna aluminium foil, anda tidak boleh hentak banyak kali kerana ia akan menyebabkan alaumium foil kembang tepi-tepinya.
8.Kek yang baru dibakar dan dikeluarkan dari oven perlu terus dihentak sekali samada guna loyang atau guna acuan aluminium foil.. Ini untuk mengeluarkan udara panas di dalamnya dan mengelak keknya turun. Hentak sekali sahaja dan tinggi.
Bekas aluminium foil boleh dibasuh dan digunakan berulang kali. Anda perlu rendah terlebih dahulu dalam masa 5 minit. Kemudian kotorannya akan mudah ditanggalkan.
9. Jika ingin kek butter anda lebih jimat, boleh gantikan buttercup tong dengan marjerin brand pelangi. Apa2 resepi yang guna butter boleh ditukar dengan marjerin brand pelangi. Nak guna planta pun boleh. Semua tu kategori bahan yang sama.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1

1k. Tips Tambahan Kek Butter
9. Coklat chip atau lain-lain perlu ditaburkan ketika kek hendak masuk oven. So anda boleh tuangkan adunan banyak-banyak di dalam acuan aluminium foil. Tapi bila nak bakar, baru taburkan chocolate chip atau badam atau sebagainya. Ini mengelakkan banyak coklat chip tengelam dlm kek butter. Tapi tak mahu letak coklat chip pun tidak mengapa.
10. Kek butter memang sedap dimakan sejuk-sejuk. Elok simpan dulu di dalam peti sejuk dalam satu jam atau lebih dan baru menikmatinya.
11. Di dalam video kita asingkan 300gm adunan selepas bahan A dipukul. Sebenarnya jika anda mahu kek butter anda lagi lembut dan lagi gebu, anda boleh asingkan 500gm adunan. Kalau untuk buat kek harijadi bolehlah buat kek butter yang lagi lembut. Boleh belajar deko kek harijadi di deco.rahsiakek.com . Dan jika anda buat kek pisang dan ada lapisan padat dibawahnya tukar adunan yang diasingkan dari 300gm kepada 500gm.
12. Pastikan anda beli telur di kedai ramai orang kerana biasa kedai ramai orang, stok telurnya baru. Manakala ovelette pastikan anda beli di kedai bahan bakeri bukan di hypermarket.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
MODUL 2: PANDUAN ANEKA KEK LAPIS
2a. Resepi Kek Lapis Untuk Semua
(Tukar posisi handphone ke landscape utk lebih besar)
Pastikan anda beli ovelet di kedai bahan bakery. Bukan di hypermarket atau supermarket.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2b. Video Adunan Kek Lapis + Masam Manis/Strawberry
Video 2b: Cara Adunan Kek Lapis Masam Manis/Strawberry
Ringkasan Video Di Atas:
1. Resepinya ada di modul 2a.
2. Bahan A dipukul selama 10 minit dgn gear paling tinggi.
3. Selepas siap, asingkan 300gm adunan yang dipukul ke bekas lain.
4. Kemudian masukkan 250gm butter ke dalam bowl dan pukul lagi 5 minit dengan gear paling laju.
5. Selepas siap, masukkan 300gm adunan yg diasingkan di dtep 3. Dan masukkan juga 150gm tepung gandum yang diayak. Dan kacau dengan tangan menggunakan spatula plastik atau whisk.
6. Adunan yg siap perlu dibahagikan kepada dua bahagian dengan satu bahagian diwarnakan.
7. Kemudian kita bakar selapis demi selapis. Setiap lapisan 30gm.
8. Untuk lapisan ketiga dan keenam, perlu ditambah inti.
Nota: Jika anda buat kek lapis 11 lapisan, makan filing di lapisan 3, 6 dan 9. Untuk kek lapis straberry kita letakkan jem strawberry. Untuk kek lapis masam manis, kita letakkan haw flakes sbg filling.
9. Suhu oven 220 darjah dgn api atas sahaja utk semua lapisan kecuali yg akhir. Kita guna tray oven di tengah. Nak guna tray atas pun boleh tapi nanti cepat sangat hitam kalau tak biasa.
10.. Untuk lapisan akhir guna suhu 180 darjah dgn api atas bawah.
11. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2c. Video Buat Kek Lapis Prune & Mix Fruit
Video 2c: Cara Buat Kek Lapis Prune & Mix Fruit
Ringkasan Video Di Atas:
1. Anda perlu tonton video 3b dulu untuk belajar membuat adunannya.
2. Adunan yg siap perlu dibahagikan kepada dua bahagian dengan satu bahagian diwarnakan.
3. Kemudian kita bakar selapis demi selapis. Setiap lapisan 30gm.
4. Untuk lapisan ketiga dan keenam, perlu ditambah inti.
Nota: Jika anda buat kek lapis 11 lapisan, makan filing di lapisan 3, 6 dan 9. Untuk kek lapis prune, kita gunakan buah prune manakala kek lapis mix fruit kita gunakan mix fruit.
5. Suhu oven 220 darjah dgn api atas sahaja utk semua lapisan kecuali yg akhir Kita guna tray tengah. Nak guna tray atas pun boleh tapi nanti cepat sangat hitam kalau tak biasa.
6.. Untuk lapisan akhir guna suhu 180 darjah dgn api atas bawah. Nak lagi cantik guna suhu 160 darjah untuk lapisan terakhir.
Nota: Kek masak bila atasnya berwarna brown atau coklat..
7. Jom tonton video di atas untuk lebih jelas. Klik kotak videonya.
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2d. Video Buat Kek Lapis Kacang Merah & Blueberry
Video 2d: Cara Buat Kek Lapis Kacang Merah & Blueberry
Ringkasan Video Di Atas:
1. Anda perlu tonton video 3b dulu untuk belajar membuat adunannya.
2. Adunan yg siap perlu dibahagikan kepada dua bahagian dengan satu bahagian diwarnakan.
3. Kemudian kita bakar selapis demi selapis. Setiap lapisan 30gm.
4. Untuk lapisan ketiga dan keenam, perlu ditambah inti.
Nota: Jika anda buat kek lapis 11 lapisan, makan filing di lapisan 3, 6 dan 9. Untuk kek kacang merah, kita gunakan inti kacang merah siap, manakala kek lapis blueberry kita gunakan jem blueberry.
5. Suhu oven 220 darjah dgn api atas sahaja utk semua lapisan kecuali yg akhir. Kita guna tray oven di tengah. Nak guna tray atas pun boleh tapi nanti cepat sangat hitam kalau tak biasa.
6.. Untuk lapisan akhir guna suhu 180 darjah dgn api atas bawah. Nak lagi cantik guna suhu 160 darjah untuk lapisan terakhir.
Nota: Kek masak bila atasnya berwarna brown atau coklat..
7. Jom tonton video di atas untuk lebih jelas. Klik kotak videonya.
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2e. Video Buat Kek Lapis Coklat Chip & Jem Coklat
Video 2e: Cara Buat Kek Lapis Coklat Chip & Jem Coklat
Ringkasan Video Di Atas:
1. Anda perlu tonton video 3b dulu untuk belajar membuat adunannya.
2. Adunan yg siap perlu dibahagikan kepada dua bahagian dengan satu bahagian diwarnakan.
3. Kemudian kita bakar selapis demi selapis. Setiap lapisan 30gm.
4. Untuk lapisan ketiga dan keenam, perlu ditambah inti.
Nota: Jika anda buat kek lapis 11 lapisan, makan filing di lapisan 3, 6 dan 9. Untuk kek lapis coklat chip, kita gunakan coklat chip manakala kek lapis jem coklat kita gunakan coklat ganache yang di ajar di modul 3h. Atau boleh beli siap.
5. Suhu oven 220 darjah dgn api atas sahaja utk semua lapisan kecuali yg akhir. Kita guna tray oven di tengah. Nak guna tray atas pun boleh tapi nanti cepat sangat hitam kalau tak biasa.
6.. Untuk lapisan akhir guna suhu 180 darjah dgn api atas bawah. Nak lagi cantik guna suhu 160 darjah untuk lapisan terakhir.
Nota: Kek masak bila atasnya berwarna brown atau coklat..
7. Jom tonton video di atas untuk lebih jelas. Klik kotak videonya.
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2f. Video Buat Kek Lapis Cheese & Almond
Video 2f: Cara Buat Kek Lapis Cheese & Almond
Ringkasan Video Di Atas:
1. Anda perlu tonton video 3b dulu untuk belajar membuat adunannya.
2. Adunan yg siap perlu dibahagikan kepada dua bahagian dengan satu bahagian diwarnakan.
3. Kemudian kita bakar selapis demi selapis. Setiap lapisan 30gm.
4. Untuk lapisan ketiga dan keenam, perlu ditambah inti.
Nota: Jika anda buat kek lapis 11 lapisan, makan filing di lapisan 3, 6 dan 9. Untuk kek lapis cheese, kita gunakan parutan cheedar cheese, manakala kek lapis almond kita gunakan kepingan badam.
5. Suhu oven 220 darjah dgn api atas sahaja utk semua lapisan kecuali yg akhir. Kita guna tray oven di tengah. Nak guna tray atas pun boleh tapi nanti cepat sangat hitam kalau tak biasa.
6.. Untuk lapisan akhir guna suhu 180 darjah dgn api atas bawah. Nak lagi cantik guna suhu 160 darjah untuk lapisan terakhir.
Nota: Kek masak bila atasnya berwarna brown atau coklat..
7. Jom tonton video di atas untuk lebih jelas. Klik kotak videonya.
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2g. Tips Kek Lapis Loyang Besar
Kek lapis hanya guna loyang empat segi sama . Dan hanya guna size loyang 7x7inci dan 9x9inci dgn tinggi 3inci. Resepi ikut loyang ada di modul 2a. Kek guna loyang 7x7inci dipotong dua & dibungkus. Kek guna loyang 9x9nci dipotong tiga dan dibungkus. Cara bungkus sama dalam mdoul 4d.
Cara penyediaan loyang kek lapis sama seperti kek swiss roll modul 3. Anda perlu letak parchment paper ke dalam loyangdan sapu marjerin di tepi loyang dan atas parchment paper. Dan cara keluarkan kek yang siap pun sama dgn kek swiss roll.
Untuk loyang 7x7inci setiap lapisan kita timbang105gm. Manakala 9x9inci kita timbang 180gm satu lapisan. Kedua2 loyang ini kita buat 11 lapisan keseluruhannya. Kita boleh ratakan adunan dengan tolak ke kiran ke kanan atau dengan sudu seperti meratakan adunan kek swiss roll dlm modul 3.


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2h. Tips Kek Lapis Sedap Dan Lain2
Penting: Sila baca kesemua tips dgn teliti sebelum buat kek
1. Jika bahan-bahan yang dipukul dengan telur tetap cair dan tidak kembang seperti dalam video. Ia disebabkan kualiti ovelet yang digunakan kurang baik. Elok beli ovelet di kedai bahan bakari. Jika dah beli di kedai bahan bakeri dan tetap cair, mungkin kedai bakeri tu pun jual ovelet jenis yang murah atau stok lama. So kena beli dikedai bahan bakeri yang lain. Atau boleh juga tambah sukatan ovelet lagi 5gm jika ovelet yang digunakan kurang kuat.
2. Kek lapis yang betul-betul sedap kena guna banyak kuning telur. Di dalam video saya guna semua telur penuh untuk lebih mudah. dan ia tetap sedap. Tapi kalau guna banyak kuning telur, kek lapis anda lagi sedap dan lagi lembut. Selepas buat resepi asal dlm video, baru cuba resepi dibwh:
*Dalam resepi modul 2a utk 7x7inci loyang kita guna 8biji telur penuh. Anda hanya perlu tukar kepada 4biji telur penuh tambah 11 biji kuning telur. Cara asingkan kuning telur ada di tunjukkan dalam video 3b swiss roll original.
.Dalam resepi modul 2a utk 9x9inci loyang kita guna 14biji telur penuh. Anda hanya perlu tukar kepada 7biji telur penuh tambah 19 biji kuning telur. Cara asingkan kuning telur ada di tunjukkan dalam video 3b swiss roll original.
3. Di dalam video kita gunakan berat 30gm setiap lapisan. Anda boleh tambah timbangannya kepada 35gm atau 40gm jika ingin lapisannya lebih tebal. Ia terpulang kepada anda.
Jika anda guna bekas yg berbeza, cara kira berat setiap lapisan seperti ini. Masukan adunan kek lapis ke dalam bekas baru tu sehingga ketinggian yang anda mahu. Dan timbang beratnya. Jika berat adunan 400gm dan anda ingin buat 8 lapisan kek lapis. So berat satu lapisan ialah 400gm/8 lapisan =50gm

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2

2h. Tips Kek Lapis Sedap Dan Lain2
4. Jika anda tiada penekan kek lapis, boleh gunakan apa sahaja cawan atau bekas yang permukaan bawah rata. Elok guna aluminium kerana ia kurang melekat. Jika anda guna inti jem dan ia melekat ketika ditekan dengan penekan kek lapis, makan anda tidak perlu tekan pada yang ada jem tersebut.. cuma nanti hasil kek lapis anda tidak rata pada bahagian yang tidak ditekan.
5. Aluminium foil container yang baru keluar dari oven, boleh dipegang pada bahagian atasnya dengan tangan kerana ia cepat sejuk. Cuma anda kena pegang aluminium foil dengan lembut kerana ia cepat kembang di tepi-tepinya. Dan jangan hentak kerana boleh menyebabkan aluminium foil kembang.
6. Setiap lapisan perlu dibakar sehingga atasnya brown. Elok anda bakar sehingga atas lebih brown daripada video saya. Sebeb lagi brown, lagi nampak menarik kek lapis anda.
7. Jika tidak dimakan, apa jua kek perlu dibungkus . Ia tidak boleh terdedah lama dengan udara. termasuk jika dimasuk dalam peti sejuk. Jika tidak, kulitnya akan kering. Kek lapis sedap di makan sejuk-sejuk. So elok simpan di dalam peti sejuk sebelum dimakan.
8. Suhu bakar steiap lapisan kek lapisan kecuali yg akhir ialah 220 darjah dengan api atas sahaja untuk oven kecil dan industrial oven. Dan untuk lapisan kek terakhir kita guna 180darjah dengan api atas bawah untuk oven kecil dan industrial oven.Tapi lagi elok untuk oven kecil guna 160darjah untuk hasil lebih baik. Tapi masa bakar akan lebih panjang dalam 14minit. Jika oven kecil anda tiada kipas, tidak mengapa.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2

2h. Tips Kek Lapis Sedap Dan Lain2
Kita guna tray tengah oven untuk semua lapisan. Tapi jika bahagian bawah kek lapis anda kurang brown selepas di potong, anda boleh bakar kek lapis di tray bawah oven untuk lapisan terakhir kek sahaja.
9. Jangkasa masa bakar setiap lapisan tidak sama setiap oven. Anda hanya perlu masak sehingga bahagian atasnya berwarna brown. Biasanya kalau lapisan pertama dan kedua 5minit, semua lapisan memerlukan masa yang sama iaitu 5minit.
10. Aluminium foil containter tidak perlu disapukan dengan marjerin semasa tuang adunan kek ke dalamnya. Dan semasa hendak membasuhnya, anda perlu rendam sekejap dalam masa 5 minit, kemudian baru basuh. Kotoran akan mudah tertangal. Basuh dengan lembut sebab bekasnya mudah kembang.


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
MODUL 3: PANDUAN ANEKA SWISS ROLL
3a. Bahan Utama Swiss Roll
1. Tepung kek: Kita gunakan tepung kek brand blue key. Tepung ini juga dipanggil tepung naik sendiri. Ia telah siap dengan baking powder di dalamnya.
2. Telur: Anda boleh gunakan telu grade A dan grade B. di dalam video saya gunakan grade B atau size M yang beratnya lebih kurang 50-55gm. Kalau anda guna grade A pun tiada masalah. Yang penting stok baru.
3. Gula Halus. Jika anda menggunakan mesin stand mixer macam dalam video, tiada masalah guna gula halus kerana stand mixer kuat cairkan gula halus. Tapi kalau anda guna hand mixer yang kecil, elok anda guna castor sugar kerana ia lebih halus dan mudah cair. Cuma harganya lebih mahal.
4. Minyak masak: Elok guna minyak masak saji kerana bau nya lebih baik.
5. Ovelet: Beli ovelet di kedai bahan bakeri taw. Sebab ovelet di hypermarket kualitinya kurang baik. Kalau adunan kek yang dipukul tidak menjadi krim, ia disebabkan oleh ovelet kurang baik.
6. Susu segar: Kita gunakan brand dutch lady full cream kerana rasanya yang sedap.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3b. Video Buat Cream Untuk Swiss Roll
Video 3b: Cara Buat Cream Untuk Swiss Roll
Bahan -Bahan Resepi Cream
250gm Susu Pekat Cap Saji
125gm Butter Cup
125gm Krim Well
1gm Essence Vanilla
Ringkasan Video Di Atas:
1. Timbang kesemua bahan dan pukul dengan kelajuan paling tinggi. Siap
2. Anda juga boleh guna pelbagai cream yang diajar di www.rahsiakek.com
3. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3c. Video Kek Swiss Roll Original
Video 3c: Cara Buat Kek Swiss Roll Original
Resepi Kek Swiss Roll Original
Bahan A Loyang 10Inci
2biji Telur Penuh
1biji Kuning Telur
50gm Tepung Kek
50gm Gula Halus
25gm Fresh Milk
5gm Ovelette
1gm Essence Vanile
Bahan B
25gm Minyak Masak Saji
Ringkasan Video Di Atas:
1. Timbang kesemua bahan A dan pukul dengan mesin mixer dengan kelajuan paling tingg. Pukul dalam masa 10 minit hingga kembang dan menjadi krim
2. Matikan mesin mixer. Tambah bahan b iaitu minyak masak cap saji dan kacau dengan spatula plastik menggunakan tangan. Kacau hingga kesemua bahan bercampur dalam masa 2 minit. Siap.
3. Masukkan ke dalam loyang dan hentak loyang beberapa kali untuk keluarkan buih dalam adunan.
4. Bakar dalam masa 10-15 minit dengan suhu 160 darjah. Jangka masa dan suhu oven bergantung juga pada kualiti oven anda seperti diterangkan di dalam tips tambahan.
5. Selepas swiss roll masak, biarkan di atas meja selama 45 minit untuk ia sejuk.
6. Keluarkan swissroll dan gulung swiss roll seperti di ajar di dalam video. Siap gulung, biarkan 15 minit dan buka kertas balutannya.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.
Resepi Gandaan

(Tukar posisi handphone ke landscape utk lebih besar)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3d. Video Kek Swiss Roll Coklat
Video 3d: Cara Buat Kek Swiss Roll Coklat
Resepi Swiss Roll Coklat
Bahan A Loyang 10Inci
2biji Telur Penuh
1biji Kuning Telur
50gm Tepung Kek
60gm Gula Halus
25gm Fresh Milk
5gm Ovelette
1gm Essence Vanile
Bahan B
25gm Minyak Masak Saji
10gm Serbuk Koko
2gm Emulco
Ringkasan Video Di Atas:
1. Timbang kesemua bahan A dan pukul dengan mesin mixer dengan kelajuan paling tingg. Pukul dalam masa 10 minit hingga kembang dan menjadi krim
2. Matikan mesin mixer. Tambah bahan b dan kacau dengan spatula plastik menggunakan tangan. Kacau hingga kesemua bahan bercampur dalam masa 2 minit. Siap.
3. Masukkan ke dalam loyang dan hentak loyang beberapa kali untuk keluarkan buih dalam adunan.
4. Bakar dalam masa 10-15 minit dengan suhu 160 darjah. Jangka masa dan suhu oven bergantung juga pada kualiti oven anda seperti diterangkan di dalam tips tambahan.
5. Selepas swiss roll masak, biarkan di atas meja selama 45 minit untuk ia sejuk.
6. Keluarkan swissroll dan gulung swiss roll seperti di ajar di dalam video. Siap gulung, biarkan 15 minit dan buka kertas balutannya.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.
Resepi Gandaan

(Tukar posisi handphone ke landscape utk lebih besar)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3e. Video Kek Swiss Roll Red Valvet
Video 3e: Cara Buat Kek Swiss Roll Red Valvet
Resepi Swiss Roll Red Valvet
Bahan A Loyang 10Inci
2biji Telur Penuh
1biji Kuning Telur
50gm Tepung Kek
60gm Gula Halus
25gm Fresh Milk
5gm Ovelette
1gm Essence Vanile
Bahan B
25gm Minyak Masak Saji
5gm Serbuk Koko
2gm Pewarna Merah
10gm Fresh Milk
5gm Cuka
Ringkasan Video Di Atas:
1. Timbang kesemua bahan A dan pukul dengan mesin mixer dengan kelajuan paling tingg. Pukul dalam masa 10 minit hingga kembang dan menjadi krim
2. Matikan mesin mixer. Tambah bahan b dan kacau dengan spatula plastik menggunakan tangan. (Fresh milk dan cuka perlu dicampur dulu dan dibiarkan 10minit untuk ia bergumpal). Kacau hingga kesemua bahan bercampur dalam masa 2 minit. Siap.
3. Masukkan ke dalam loyang dan hentak loyang beberapa kali untuk keluarkan buih dalam adunan.
4. Bakar dalam masa 10-15 minit dengan suhu 160 darjah. Jangka masa dan suhu oven bergantung juga pada kualiti oven anda seperti diterangkan di dalam tips tambahan.
5. Selepas swiss roll masak, biarkan di atas meja selama 45 minit untuk ia sejuk.
6. Keluarkan swissroll dan gulung swiss roll seperti di ajar di dalam video. Siap gulung, biarkan 15 minit dan buka kertas balutannya.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.
Resepi Gandaan

Tukar posisi handphone ke landscape utk lebih besar)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3f. Video Swiss Roll Kulit Terbalik & Perisa & Cheese
Video 3f: Cara Buat Swiss Roll Kulit Terbalik & Perisa & Cheese
Resepi Swiss Roll Aneka Perisa
Bahan A Loyang 10Inci
2biji Telur Penuh
1biji Kuning Telur
50gm Tepung Kek
50gm Gula Halus
25gm Fresh Milk
5gm Ovelette
1gm Essence Vanile
Bahan B
25gm Minyak Masak Saji
5gm Emulco
Ringkasan Video Di Atas:
1. Timbang kesemua bahan A dan pukul dengan mesin mixer dengan kelajuan paling tingg. Pukul dalam masa 10 minit hingga kembang dan menjadi krim
2. Matikan mesin mixer. Tambah bahan b dan kacau dengan spatula plastik menggunakan tangan. Kacau hingga kesemua bahan bercampur dalam masa 2 minit. Siap.
3. Masukkan ke dalam loyang dan hentak loyang beberapa kali untuk keluarkan buih dalam adunan.
4. Bakar dalam masa 10-15 minit dengan suhu 160 darjah. Jangka masa dan suhu oven bergantung juga pada kualiti oven anda seperti diterangkan di dalam tips tambahan.
5. Selepas swiss roll masak, biarkan di atas meja selama 45 minit untuk ia sejuk.
6. Keluarkan swissroll dan gulung swiss roll seperti di ajar di dalam video. Siap gulung, biarkan 15 minit dan buka kertas balutannya.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.
Resepi Gandaan

Tukar posisi handphone ke landscape utk lebih besar)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3g. Video Kek Swiss Roll Charcoal
Video 3g: Cara Buat Kek Swiss Roll Charcoal
Resepi Swiss Roll Charcoal
Bahan A Loyang 10Inci
2biji Telur Penuh
1biji Kuning Telur
50gm Tepung Kek
50gm Gula Halus
25gm Fresh Milk
5gm Ovelette
1gm Essence Vanile
Bahan B
25gm Minyak Masak Saji
5gm Serbuk Charcoal
Ringkasan Video Di Atas:
1. Timbang kesemua bahan A dan pukul dengan mesin mixer dengan kelajuan paling tingg. Pukul dalam masa 10 minit hingga kembang dan menjadi krim
2. Matikan mesin mixer. Tambah bahan b dan kacau dengan spatula plastik menggunakan tangan. Kacau hingga kesemua bahan bercampur dalam masa 2 minit. Siap.
3. Masukkan ke dalam loyang dan hentak loyang beberapa kali untuk keluarkan buih dalam adunan.
4. Bakar dalam masa 10-15 minit dengan suhu 160 darjah. Jangka masa dan suhu oven bergantung juga pada kualiti oven anda seperti diterangkan di dalam tips tambahan.
5. Selepas swiss roll masak, biarkan di atas meja selama 45 minit untuk ia sejuk.
6. Keluarkan swissroll dan gulung swiss roll seperti di ajar di dalam video. Siap gulung, biarkan 15 minit dan buka kertas balutannya.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.
Resepi Gandaan

(Tukar posisi handphone ke landscape utk lebih besar)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3h. Video Buat Chocolate Ganache
Video 3h: Cara Buat Chocolate Ganache
Resepi Coklat Ganache
500gm Dark Coklat / Coklat Masakan
300gm Whipping Cream Dairy / Non Dairy
50gm Butter/Marjerin
Ringkasan Video Di Atas:
1. Masak whipping cream sehingga mendidih. Selepas mendidih, matikan api
2. Potong dulu dark coklat kecil-kecil. Dan masukkan dark coklat ke dalam whipping cream. Kacau hingga dark coklat cair
Nota: Masa saya kerja memang terus masuk dark coklat ke dalam periuk berisi whipping cream. Tetap jadi dan tak perlu guna banyak bekas.
3. Masukkan butter atau marjerin. Biarkan ia sejuk sebelum dicampur dengan cream untuk elak cream cair.
Nota: Ada juga peniaga menggunakan susu segar mengantikan whipping cream. Susu segar lebih cair dari whipping cream, so kena kurangkan sikit sukatannya. Nak sedap, guna whipping cream.
4. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3i. Tips Kek Swiss Roll
Penting: Sila baca kesemua tips dgn teliti sebelum buat kek
1. Adunan swiss roll boleh dibuat tanpa kuning telur. Anda boleh guna resepi yang sama dalam modul 3a tetapi tidak masuk kuning telur. Ia tetap jadi dan tetap boleh digulung. Cuma kulit atasnya akan lebih berkedut. Kalau guna kulit terbalik seperti dimodul 3f , tak nampak la kedut.nya
Namun letak kuning telur menjadikan swiss roll lebih sedap, lebih lembut dan atasnya kurang berkedut. Jika anda mahu swiss roll lagi lembut, sedap dan lagi tidak berkedut di atasnya, tambah lagi kuning telur dari 1biji kuning telur kepada 2 biji kuning telur utk loyang 10inci dan 12inci.
Namun sebelum cuba cara di atas, buat dulu resepi asal. Supaya anda boleh lihat perbezaannya.
2. Suhu oven 160 darjah celcius untuk oven kecil dan 180 darjah celcius untuk industrial oven. Namun jika anda dapati kek swiss roll anda pecah atau terbelah dua. Ia berpunca suhu dalam oven lebih panas dari yang di setkan. So anda hanya perlu kurangkan suhukan kepada 150 darjah celcius untuk oven kecil dan 170 darjah celcius untuk industrial oven. Namun jika masih merekah atau pecah atas kek, maka anda perlu kurangkan lagi suhunya. Sebaliknya jika kek tidak naik, bermakna suhu dalam oven lebih rendah dari yang disetkan. Anda kena naikkan suhu.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3

3i. Tips Kek Swiss Roll
3. Jangka masa kek dibakar dalam masa 10-15 minit untuk oven kecil dan juga industrial oven. Namun selepas dikeluarkan bahagian bawahnya ada banyak garisan brown, elok kurangkan 2 atau 3 minit masa bakarnya. Atau jika dalam kek agak kering bila dipotong, anda perlu kurangkan masa bakar. Sebaliknya jika dipotong, dalam masih lembab, anda perlu tambah masa bakar.
4. Parchment paper perlu disapukan dengan marjerin untuk memudahkan ia ditanggalkan dengan kek dan untuk mudah ia dibasuh dan diguna berulang kali. Dan cara basuhnya, anda perlu rendah 5 minit dulu dan baru digosok dengan span lembut untuk mengeluarkan kulit kek yang melekat padanya.
5. Kek swiss roll perlu dibiarkan sejuk kerana jika masih panas cream yang diletakkan di atasnya akan cair. Jika anda gunakan jem sahaja, boleh gulung panas-panas. Tiada masalah.
6. Pada saya lagi sedap jika letak nipis sahaja krim.pada atas swiss roll. Sukatan 100gm krim + 25gm jem dlm video lebih sesuai untuk kek swiss roll loyang 14inci. Elok letak sedikit demi sedikit krim dan nipis sahaja untuk kek swiss roll yang sedap.
7. Semasa gulung kek swiss roll, jangan tekan. Hanya tarik parchment paper secara lembut ke belakang. Ini untuk mengelakkan krim kek swiss roll terkeluar. Dan selepas siap gulung, tahan tepinya dengan loyang atau apa sahaja benda berat. Tapi jika anda buat banyak swiss roll, boleh tindihkan swiss rollnya antara satu sama lain. Biarkan dalam masa 15 minit untuk ia mengekalkan bentuknya. Dalam masa 15 minit, jangan angkat. Kalau anda angkat juga, gulungannya akan terbuka. Selepas 15 minit atau lebih, baru angkat.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3

3i. Tips Kek Swiss Roll
8. Apa jua kek tidak boleh terdedah lama di udara. Ia akan menyebakan kulitnya kering. So anda boleh bungkus kek swiss roll dengan parchment paper, atau masuk dalam acuan plastik. Atau boleh juga guna plastik wrapping buah-buahan.
9. Kek yang mengandungi kandungan butter di dalamnya memang sedap dimakan sejuk-sejuk. Tapi kek swiss tidak guna butter kerana ia guna minyak masak. Tapi tetap sedap makan sejuk-sejuk sebab krimnya guna butter. Elok guna campuran krim dan jem untuk rasa lebih sedap. Jem sahaja atau krim sahaja tidak sedap. Dan dan anda boleh campur dengan apa sahaja jem..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
MODUL 4: PENGIRAAN KOS BUTTER, LAPIS & ROLL
4a. Panduan Pengiraan Kos Kek Butter
Terlebih dulu anda buka file excel pengiraan kos di dalam dvd. Ia hanya boleh dibuka dgn komputer. Namun jika anda tiada komputer, anda boleh kira secara manual pada kertas.

Langkah pertama, kita perlu kira berapa harga atau kos untuk 250gm gula halus yang digunakan di dalam resepi. So dapatkan dulu harga kedai untuk 1kilo gula halus. Jika 1 kilo gula halus berharga rm3.00. So berapakah harga 250gm tepung roti ?
Anda hanya perlu guna formula spt ini:
RM3.00/1000gm X 250gm = RM0.75
(3.00 bahagi 1000 darab 250 = 0.75)
So harga atau kos 250gm gula halus ialah RM0..75

Guna formula yang sama untuk mendapatkan harga atau kos bahan resepi yang lain. Dan kemudian kita jumlahkan kesemua kos bahan resepi. So jumlahnya ialah RM9.62 untuk satu resepi. (Anda perlu ubah column ‘Harga Di Kedai’ mengikut harga di kedai di tempat anda.)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4

4a. Panduan Pengiraan Kos Kek Butter

Jumlah kos untuk satu resepi kek butter ialah RM9.62.
Satu resepi menghasilkan berat adunan 1140gm. Dan satu kek pack kecil mengunakan berat adunan 250gm. Maka satu resepi dapat menghasilkan 4.5 kekbutter.
Cara kiranya ialah 1140gm /250gm = 4.56biji
So kos eebiji kek butter kecil ialah jumlah kos satu resepi dibahagi dengan jumlah biji kek butter yg dihasilkan dgn resepi itu.
So RM9.62 / 4.56 biji = RM2.11 utk sebiji kek.

Sekarang kita kira kos topping atas kek dan aluminium foil yang dgunakan. Caranya sama sahaja seperti kira kos bahan dalam resepi kek butter. Dan kos topping coklat chip ialah rm0.19 untuk sebiji kek. Dan kos aluminium foil untuk sebiji kek ialah rm0.60

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4

4a. Panduan Pengiraan Kos Kek Butter

Jumlah kos sebiji kek butter pack kecil ialah RM2.30. Harga jualah perlu sekurang-kurangnya 3 kali ganda dari kos iaitu RM6.90. Maka untung ialah RM4.60
(Excell file dalam dvd perlu dibuka dengan komputer dengan cara right klik dvd drive komputer dan select open. Anda boleh ubah data dalam ruangan berwarna kelabu shj. dan anda boleh ubah harga bahan dan harga jualan mengikut harga di tempat anda)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4b. Panduan Pengiraan Kos Kek Lapis
Terlebih dulu anda buka file excel pengiraan kos di dalam dvd. Ia hanya boleh dibuka dgn komputer. Namun jika anda tiada komputer, anda boleh kira secara manual pada kertas.

Langkah pertama, kita perlu kira berapa harga atau kos untuk 230gm gula halus yang digunakan di dalam resepi. So dapatkan dulu harga kedai untuk 1kilo gula halus. Jika 1 kilo gula halus berharga rm3.00. So berapakah harga 230gm tepung roti ?
Anda hanya perlu guna formula spt ini:
RM3.00/1000gm X 230gm = RM0.69
(3.00 bahagi 1000 darab 230 = 0.69)
So harga atau kos 230gm gula halus ialah RM0..69

Guna formula yang sama untuk mendapatkan harga atau kos bahan resepi yang lain. Dan kemudian kita jumlahkan kesemua kos bahan resepi. So jumlahnya ialah RM10.49 untuk satu resepi. (Anda perlu ubah column ‘Harga Di Kedai mengikut harga di kedai di tempat anda.)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4

4b. Panduan Pengiraan Kos Kek Lapis

Jumlah kos untuk satu resepi kek lapis ialah RM10.49.
Satu resepi menghasilkan berat adunan 1238gm. Dan satu kek pack kecil mengunakan berat adunan 240gm. Maka satu resepi dapat menghasilkan 5.15 biji kek lapis..
Cara kiranya ialah 1238gm /240gm = 5.15biji
So kos eebiji kek lapis kecil ialah jumlah kos satu resepi dibahagi dengan jumlah biji kek lapis yg dihasilkan dgn resepi itu.
So RM10.49 / 5.15 biji = RM2.03 utk sebiji kek.

Sekarang kita kira kos inti kek lapis dan aluminium foil yang dgunakan. Caranya sama sahaja seperti kira kos bahan dalam resepi kek butter. Dan kos inti kek lapis ialah rm0.40 untuk sebiji kek. Dan kos aluminium foil untuk sebiji kek ialah rm0.60

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4

4b. Panduan Pengiraan Kos Kek Lapis

Jumlah kos sebiji kek lapis pack kecil ialah RM2.43. Harga jualah perlu sekurang-kurangnya 4 kali ganda dari kos iaitu RM9.90. Maka untung ialah RM7.47
(Excell file dalam dvd perlu dibuka dengan komputer dengan cara right klik dvd drive komputer dan select open. Anda boleh ubah data dalam ruangan berwarna kelabu shj. dan anda boleh ubah harga bahan dan harga jualan mengikut harga di tempat anda)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4c. Panduan Pengiraan Kos Swiss Roll
Terlebih dulu anda buka file excel pengiraan kos di dalam dvd. Ia hanya boleh dibuka dgn komputer. Namun jika anda tiada komputer, anda boleh kira secara manual pada kertas.

Langkah pertama, kita perlu kira berapa harga atau kos untuk 100gm gula halus yang digunakan di dalam resepi. So dapatkan dulu harga kedai untuk 1kilo gula halus. Jika 1 kilo gula halus berharga rm3.00. So berapakah harga 100gm tepung roti ?
Anda hanya perlu guna formula spt ini:
RM3.00/1000gm X 100gm = RM0.30
(3.00 bahagi 1000 darab 100 = 0.30)
So harga atau kos 100gm gula halus ialah RM0..30

Guna formula yang sama untuk mendapatkan harga atau kos bahan resepi yang lain. Dan kemudian kita jumlahkan kesemua kos bahan resepi. So jumlahnya ialah RM5.62 untuk satu resepi. (Anda perlu ubah column ‘Harga Di Kedai’ mengikut harga di kedai di tempat anda.)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4

4c. Panduan Pengiraan Kos Swiss Roll

Jumlah kos untuk satu resepi kek swiss roll ialah RM5.62.Satu resepi boleh menghasilkan dua kek swiss roll. Maka kos satu kek swiss roll ialah kos satu resepi dibahagi dua sahaja. Cara kiranya ialah RM5.62/2 = RM2.81

Sekarang kita kira kos cream yang dgunakan. Caranya sama sahaja seperti kira kos bahan dalam resepi kek swiss roll. Dan kos krim untuk sebiji swiss roll ialah rm1.20

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4

4c. Panduan Pengiraan Kos Swiss Roll

Sekarang kita kira kos acuan plastik yang dgunakan. Caranya sama sahaja seperti kira kos bahan dalam resepi kek swiss roll. So kos acuan plastik untuk sebiji kek ialah rm0.20

Jumlah kos sebiji kek swiss roll pack kecil ialah RM4.01. Harga jualan perlu sekurang-kurangnya 3 kali ganda dari kos iaitu RM14.00. Maka untung ialah RM9.99
(Excell file dalam dvd perlu dibuka dengan komputer dengan cara right klik dvd drive komputer dan select open. Anda boleh ubah data dalam ruangan berwarna kelabu shj. dan anda boleh ubah harga bahan dan harga jualan mengikut harga di tempat anda)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4d. Video Buat Pembungkusan Kek
Video 4d: Cara Buat Pembungkusan Kek
Ringkasan Video Di Atas:
1. Di dalam video kita guna kek swiss roll. Tapi anda boleh guna untuk kek butter yang dibakar di loyang empat segi sama.
2. Cara ambil apa-apa plastik bungkusan lutsinar yang sizenya mencukupi untuk membungkus kek tersebut.
3. Seterusnya gulungkan kek tersebut dengan plastik lutsinar dan selotip di atasnya.
4. Plastik dibahagian tepi pelru ditutup dan selotipkan.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4e. Video Cara Guna Mixer Heavy Duty
Video 4e: Cara Guna Mixer Heavy Duty
Ringkasan video mixer heavy duty:
1. Di dalam video ini saya gunakan resepi swiss roll dalam modul 3c.
2. Masukkan kesemua bahan resepi kecuali minyak masak ke dalam bowl dan pasang pada mixer heavy duty dengan guna pemutar whisk.
3. Hidupkan mesin mixer dengan gear 1 dulu supaya bahan tidak berterbangan. Kemudian tukar kepada gear 3 paling laju. Pukul dalam masa 10 minit sehingga adunan menjadi krim.
Nota: Semasa tukar gear, kena matikan suiz dulu baru tukar gear. Supaya mixer tidak cepat rosak.
4. Seterusnya tukar gear kepada gear 1 dan masukkan minyak masak. Lagi elok semasa masuk minyak masak, kacau dengan tangan menggunakan spatula plastik. Takut mixer anda gear satu nya tidak slow.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4f. Video Cara Guna Industrial Oven
Video 4f: Cara Guna Industrial Oven
Ringkasan video Industrial Oven:
1. Di dalam video ini saya gunakan video bakar kek sponge dari pakej www.rahsiakek.com. Caranya sama sahaja.
2. Pasang plug oven dan kepala gas oven. Hidupkan suiz utama industrial oven. Setikan suhu atas dan suhu bawah kepada 180 darjah. Semasa setkan suhu, api akan dihidupkan.
3. Tunggu suhu dalam oven mencapai 180 darjah. Lampu merah akan menyala apabila suhu mencapai 180 darjah.
4. Apabila suhu telah capai 180 darjah, setkan masa kepada 15minit untuk kek swiss roll. Kemudian on kan suiz timer.
5. Masukkan kek ke dalam industrial oven. Selepas separuh masa terbalik kedudukan tray supaya masak sama rata.
6. Selepas siap masak selama 15minit, alarm oven akan berbunyi. Anda boleh matikan suiz dan keluarkan loyang kek dan terus hentak seperti di ajar sebelum ini.
Nota: Semasa saya bekerja di hotel dulu, semua roti dan kek guna suhu 180 darjah celcius untuk api bawah dan api atas.
Nota: Tapi lain brand industrial oven lain kualiti. Anda perlu adjust suhu dan masa bergantung kepada hasil kek anda. Biasa oven buatan china guna 160 darjah celcius. Ada diterangkan.
Nota: Elok beli industrial oven jenis gas kerana ia jimat elektrik. Jika pasang di rumah memang kena elakkan guna jenis elektrik kerana ia boleh merosakkan peti elektrik anda.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4g. Tips Menjalankan Bisnes Kek Pack Kecil
Penting: Sila baca kesemua tips dgn teliti sebelum buat kek
1. Harga kek butter dan kek swiss roll perlu diletakkan sekurang-kurangnya 3 kali ganda dari kos bahan. Cara pengiraan kos dan untung ada di modul 4a dan 4c. Harga kek lapis pula diletakkan sekurangnya 4 kali ganda dari kos bahan seperti dalam modul 4b. Ini kerana kek lapis memerlukan masa yang lama untuk membuatnya. Kalau jual kek lapis yang guna banyak kuning telur seperti dalam modul 2h lagi sedap. Elok cuba kedua-dua resepi untuk lihat perbezaan..
Namun begitu anda kena tengok juga harga-harga kek di tempat anda. Jika lebih tinggi , bolehlah naikkan harga lagi. Tapi jika lebih rendah, anda kena lihat dulu kualiti kek mereka. Jika kualiti kek mereka kurang baik, anda tetap jual dengan harga yang tinggi. Kalau anda jual murah nanti anda akan rasa tidak berbaloi untuk menjualnya lagi.
2. Tarikh luput atau rosak untuk semua kek ialah 5hari jika dibungkus dan diletak diluar. Jika dibungkus dan disimpan di dalam chiller(peti ais bahagian letak buah), ia tahan 2-3 minggu. Jika simpan di dalam freezer, pert beku, ia tahan 3-4 bulan. Namun elok anda test sendiri terlebih dahulu kerana ia bergantung juga pada cuaca dan suhu peti sejuk di rumah anda.
Kek yang dikeluarkan dari freezer/peti beku, perlu diletakkan di bawah kipas dalam masa 30minit. Ini bertujuan mengelakkan kek tersebut berwap dan cepat rosak.
3. Kek yang baru dibakar tidak boleh terus dibungkus. Jika bungkus panas-panas, ia akan berwap dan akan cepat rosak. Anda kena biarkan ia sejuk sekurang-kurangnya satu jam setengah sebelum di pack atau dibungkus.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4

4g. Tips Menjalankan Bisnes Kek Pack Kecil
4. Tempat terbaik juak kek pack kecil ialah supply kedai tepi jalan, kantin sekolah, kedai rncit atau kedai makan. Anda boleh pack satu biji kek atau potong lagi kecil-kecil dan bungkus kecil-kecil. Jika bungkus di dalam plastik, elok guna alat sealer untuk lekatkan plastiknya supaya udara tidak boleh masuk..
5. Biasanya kedai akan ambil 15-20percent dari harga jualan kek. Conothnya jika harga jualan rm10 sebiji kek anda. Kedai akan ambil rm1.50 atau rm2.00 Elok anda terus siap-siap tambal harga di kek anda supaya kedai tidak jual lagi mahal tanpa pengetahuan anda.
6. Pastikan kek anda dibungkus dengan baik dan tidak selekeh atau atau krimnya terkeluar-keluar. Packaging yang menarik akan menambat hati kedai untuk terus menjual kek anda.
7. Untuksupply di kedai, anda perlu jumpa tauke kedai bukannya staff kedai. Dan bawa sample kek anda untuk mereka testing. Jika mereka tak berminat, bagi banyak sampel kepada mereka dan name card atau tampal no contact anda pada plastik kek anda. Mungkin sampel yang banyak tu akan dirasa oleh pelangan atau kawan mereka yang akan memujuk mereka menerima kek anda kemudian. Untuk penjaja tepi jalan elok anda berbaik-baik dengan mereka dulu sebelum menunjukkan kek anda. Atau bagi mereka rasa dulu untuk minta komen. Kalau mereka kata sedap, baru minta mereka tolong jualkan di kedai mereka.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4

4g. Tips Menjalankan Bisnes Kek Pack Kecil
8. Dengan ada facebook dan whatsapp group nie lagi lagilah mudah jual. Boleh terus supply kepada kawan-kawan di facebook atau di whatsapp group. Anda hanya perlu menghantar gambar kek yang telah siap dengan cara membeli kek anda. Mudah sekarang nie dan ramai yang buat begitu dan berjaya.
9. Anda bperlu senitiasa mendapatkan komen-komen pembeli anda untuk memperbaiki lagi kek. Ini kerana lain tempat lain citarasa. Anda tempat yang suka manis-manis. Ada tempat yang suka rasa masin pada kek. Boleh tambah secubit garam pada adunan kek swiss roll untuk naikkan rasa. Manakala kek butter tidak perlu kerana dalam buttercup dah ada garam. Tapi nak tambah lagi pun boleh
10. Saya suka sapukan marjerin atas parchment paper sebab menjadikan parchment paper mudah dibasuh dan diguna berulang kali. Kalau anda nak guna parchment paper sekali je dan buang, tak perlulah sapu marjerin di atasnya. Masa kerja dulu pun memang tak sapu sebab pakai dan buang je. Loyang yang disapukan marjerin pun lebih mudah di basuh.


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
MODUL 5: INFO TAMBAHAN
5a. Cara Buat Duit Dgn Jadi Agen Promosi
Anda boleh buat duit dgn menjadi agen promosi produk ini. Komisen yang diberikan ialah RM20 dari jualan setiap pakej. Kalau anda dapat jualan 10 pakej maka komisen anda terima adalah rm20X10=RM200 untuk anda. Lumayan
Web daftar: www.bisneskek.com/daftarbaru
Web Log in: www.bisneskek.com/login
Soalan Lazim agen: www.hairul.com/blog/agen
Elok anda tonton video di website di bawah untuk cara mendaftar, cara log in dan cara mendapatkan komisen:
Video 7a. Cara Menjadi Agen

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 7
5b. Artikel Petua Kejayaan Yang Menarik
Saya ada tulis tiga artikel menarik yang akan membantu anda untuk hidup lebih bahagia dan murah rezeki. Memang menarik artikel ini. Klik link di bawah untuk baca artikelnya:
1. Tips Hidup Bahagia & Murah Rezeki <<< Kilik Sini
2. Bahaya Mulut Yang Memberi Kecelakaan Dalam Hidup <<< Klik Sini
3. Berhati-hati Memilih Kawan Agar Hidup Lebih Bahagia <<< Klik Sini
Saya ada menulis artikel yang menarik tentang cara memulakan bisnes bagi mereka yang baru dan lama. Jom baca
1. 7 Langkah Memulakan Bisnes Makanan Paling Berkesan <<< Kilik Sini
2. 5 Tips Cara Tambah Pendapatan Sampingan Dari Pegalaman Pembeli<<< Klik Sini
3. Persediaan Sebelum Bersara Dari Kisah Arwah Ayah<<< Klik Sini
4. 5 Sebab Punca Kegagalan Bisnes Makan Yg wajib Anda Tahu<<< Klik Sini


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 7
5c. Senarai Produk Menarik Yang Lain.
1. Belajar donut ala big apple, roti buku ala gardenia dan sarang lebah di: www.rahsialoaf.com
2. Belajar13 kek hari jadi di: www.deco.rahsiakek.com
3. Aneka bun pau & pizza di: www.rahsiabun.com
4. Kek butter, lapis dan swiss roll hotel di www.bisneskek.com
5. Aneka puff, croissant, danish & Cream Puff di: www.rahsiapuff.com
6. Aneka putu homemade, piring, bambu, mayam di: www.rahsiaputu.com
7.Bisnes air, dadih & mouse dessert hotel di: www.bisnesair.com
8. Air soya taufufah di: www.rahsiataufufah.com
9. Resepi roti canai, murtabak & thosai di: www.resepiroticanai.com


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 7
5d. Kenapa Resepi Tidak Boleh Di Share Terbuka
Seperti yang diberitahu dalam website, dvd ini untuk kegunaan anda, keluarga anda dan perniagaan anda. Bukan tujuan untuk diedarkan atau dijadikan bahan mengajar orang lain. Anda tidak dibenarkan berkongsi segala resepi atau teknik di dalam video ini. Jika rakan anda berminat belajar, mereka perlu membelinya dari Hairul HIssam atau anda boleh belikan untuk mereka sebagai hadiah.
DVD ini dijual di internet. Jika anda share pada kawan anda dan kawan anda share pada kawan yang lain. Dan kawan yang lain pula share di internet, ia akan memberi kesan yang teruk kepada bisnes online saya. JIka anda sendiri buat bisnes ini secara fulltime seperti saya, anda tentu risau & buat perkara yang sama. Semoga anda menjaga keberkatan iagar anak anda, keluarga anda dan rakan anda sihat dan baik.
Penafian: Video ini dihasilkan berdasarkan pengalaman penulis untuk pembelajaran pembeli. Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kerugian, kesilapan atau kecederaan yang ditanggung oleh pembeli semasa mempraktikkan video ini.


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 7
5e. Support Dan Bantuan Pembeli
Pastikan anda telah tonton dan baca dengan teliti semua video dan tips sebelum bertanya. Bukannya tengok sikit, whatsaap, tengok sikit whatsapp. Sebenarnya semua telah diterangkan di dalamnya. Namun jika anda pertanyaan dan masalah boleh hubungi saya melalui whatsap di bawah:
Whatsapp: +60137757915
Kalau boleh, hantar dalam satu mesej. Panjang tak pe. Maklumlah ramai sangat pembeli dan bakal pembeli yang menghantar mesej tak henti-henti.


